Rabu, 9 Oktober 2013
Maksud bola jaring
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer,
seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan
dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.Dipetik dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring


Kepentingan memanaskan badan
Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
Dipetik dari: http://faridzulasyraf.com
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.
Dipetik dari: http://faridzulasyraf.com
Sabtu, 5 Oktober 2013
Kepentingan Bola Jaring
Kepentingan bersukan sedikit sebanyak membantu seseorang untuk minat dalam bidang yang diceburi.
Bola Jaring juga tidak terkecuali. Manfaat yang diperolehi ialah seperti :
Sukan sudah menjadi satu
gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini.
Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan
tubuh badan dan mental seseorang. Sukan juga dapat memupuk semangat
kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan
negaranya. Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan
bidang sukan kepada negara.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa
sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan
melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan
otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk
menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan
menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan
masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata
pepatah “otak yang cergas terletak pada badan yang sihat”. Dengan badan
sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan
pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.
Pemilihan Bola dalam aspek meningkatkna Mutu pencapaian sukan juga dititikberatkan sesetengah pihak.
Pelbagai jenis bola yang dijual dan
digunakan dalam setiap perlawanan adalah berbeza. Aspek warna, jenis,
pembuatan luaran juga amat diambil kira sesetengah pihak dalam
meningkatkan mutu pencapaian sukan Bola Jaring.
Kemahiran dalam Bola Jaring
Pada asasnya, permainan bola jaring
memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu,
seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak,
menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh
dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara
melakukan hantaran bergantung kepada
kedudukan rakan yang akan menerima bola.
Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran
aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah
untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
- Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
- Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
- Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan
sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat
pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
- Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.
- Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
- Angkat tumit kaki belakang.
- Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari.
- Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan
bola tanpa dapat dicapai oleh pemain
lawan.
Teknik melakukan hantaran atas
kepala.
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
- Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
- Ledingkan badan ke belakang sedikit.
- Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan.
- Ikut lajak.
iv) Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat
hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
- Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang.
- Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
- Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila
pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
- Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
- Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
- Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
- Ikut lajak.
b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan
koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola
- Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.
- Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
- Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain.
- Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
- Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
- Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang
membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang
untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar
undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
i)
Berlari
ke arah yang sesuai
ii)
Berlari
laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)
Berlari
perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)
Mengacah
dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).
Teknik mengelak acan
- Berada dalam kedudukan bersedia.
- Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan.
d) Menghadang
Menghadang adalah asas bertahan.
Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola,
melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)
Berdiri
menghadap permain lawan.
ii)
Berdiri
membelakangkan pemain lawan.
iii)
Berdiri
di sisi pemain lawan.
iv)
Berdiri
di belakang pemain lawan.
e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring,
ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan
kemahiran gerak kaki tanpa melanggar
undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu
menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa
menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah
dalam keadaan berikut:
i)
Semasa
menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii)
Setelah
menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii)
Setelah
menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv)
Semasa
menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting
kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan
dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke
dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak
kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:
i)
Menjaring
pada kedudukan statik.
ii)
Melangkah
setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)
Melangkah
setapak ke belakang dan menjaring.
iv)
Melangkah
setapak ke sisi dan menjaring.
v)
Melompat
dan menjaring.
Menjaring pada kedudukan statik
menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun,
menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan.
Teknik menjaring pada kedudukan statik
- Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan.
- Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
- Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
- Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
- Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari.
- Ikut lajak.
Langgan:
Catatan (Atom)