Kepentingan bersukan sedikit sebanyak membantu seseorang untuk minat dalam bidang yang diceburi.
Bola Jaring juga tidak terkecuali. Manfaat yang diperolehi ialah seperti :
Sukan sudah menjadi satu
gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini.
Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan
tubuh badan dan mental seseorang. Sukan juga dapat memupuk semangat
kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan
negaranya. Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan
bidang sukan kepada negara.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa
sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan
melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan
otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk
menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan
menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan
masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata
pepatah “otak yang cergas terletak pada badan yang sihat”. Dengan badan
sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan
pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.
Pemilihan Bola dalam aspek meningkatkna Mutu pencapaian sukan juga dititikberatkan sesetengah pihak.
Pelbagai jenis bola yang dijual dan
digunakan dalam setiap perlawanan adalah berbeza. Aspek warna, jenis,
pembuatan luaran juga amat diambil kira sesetengah pihak dalam
meningkatkan mutu pencapaian sukan Bola Jaring.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan