Rabu, 9 Oktober 2013

Maksud bola jaring

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.Dipetik dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring


 

Video cara bermain bola jaring

Ini antara video cara-cara bermain bola jaring:-


Kepentingan memanaskan badan

Meningkatkan suhu badan
Apabila suhu badan meningkat, otot-otot, tendon dan ligamen akan dipanaskan menjadikan mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
Meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot
Ini akan menambah bekalan darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
Menambahbaiki proses pengecutan otot
Otot yang panas adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih lasak.
Merangsang transmisi atau pengaliran saraf
Ini akan menambahbaik penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih awal
Apabila badan dipanaskan, kita akan memberi masa kepada organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar nanti.
Menggalakkan penggunaan oksigen dengan lebih berkesan
Suhu panas di dalam otot menggalakkan penguraian adunan kimia oksigen dan darah. Ini akan membantu membebaskan oksigen untuk digunakan dengan lebih mudah oleh otot bagi menghasilkan tenaga.

Dipetik dari: http://faridzulasyraf.com

Video bola jaring


Sabtu, 5 Oktober 2013

Kepentingan Bola Jaring

Kepentingan bersukan sedikit sebanyak membantu seseorang untuk minat dalam bidang yang diceburi.
Bola Jaring juga tidak terkecuali. Manfaat yang diperolehi ialah seperti :
Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini. Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental seseorang. Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya. Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata pepatah “otak yang cergas terletak pada badan yang sihat”. Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.
Pemilihan Bola dalam aspek meningkatkna Mutu pencapaian sukan juga dititikberatkan sesetengah pihak.
Pelbagai jenis bola yang dijual dan digunakan dalam setiap perlawanan adalah berbeza. Aspek warna, jenis, pembuatan luaran juga amat diambil kira sesetengah pihak dalam meningkatkan mutu pencapaian sukan Bola Jaring.

Kemahiran dalam Bola Jaring

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. 
  • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. 
  • Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 
  • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. 
  • Angkat tumit kaki belakang. 
  • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. 
  • Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain  lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.
iv) Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.
b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola
  • Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. 
  • Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. 
  • Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. 
  • Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. 
  • Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
i)                    Berlari ke arah yang sesuai
ii)                  Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)                Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)                Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).
Teknik mengelak acan
  • Berada dalam kedudukan bersedia. 
  • Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan.
 
d) Menghadang
Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)                    Berdiri menghadap permain lawan.
ii)                  Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii)                Berdiri di sisi pemain lawan.
iv)                Berdiri di belakang pemain lawan.
e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran  gerak kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:
i)                    Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii)                  Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii)                Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv)                Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:
i)                    Menjaring pada kedudukan statik.
ii)                  Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)                Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv)                Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v)                  Melompat dan menjaring.
Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan.
Teknik  menjaring pada kedudukan statik
  • Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 
  • Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. 
  • Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. 
  • Ikut lajak. 
Sumber: http://bolajaringpjk5.blogspot.com

Sabtu, 28 September 2013

Undang-undang am bola jaring

1.  PENALTI

Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a)  Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan
(i)     Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii)  Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
 (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.  HANTARAN PERCUMA

Hantaran Percuma

Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a)  Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.
(b)  Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol  boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam
 Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya :

      (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
     (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Lambungan 

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.