Sabtu, 28 September 2013

Undang-undang am bola jaring

1.  PENALTI

Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a)  Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan
(i)     Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii)  Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
 (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.  HANTARAN PERCUMA

Hantaran Percuma

Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a)  Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.
(b)  Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol  boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam
 Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya :

      (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
     (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Lambungan 

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan